WeLcOmE...

Monday 26 March 2012

Rondaan polis harus ditingkatkan

Kes jenayah pecah rumah meningkat
JITRA-Rondaan polis pada waktu malam harus dipertingkatkan terutamanya di sekitar Pekan Jitra yang melibatkan kawasan dan premis perniagaan.
Ketua Polis Kedah,Datuk Ahmad Ibrahim berkata,kawalan dan rondaan keselamatan harus dijalankan kerap kali pada waktu malam dan kerjasama serta bantuan masyarakat dalam membanteras jenayah terbabit sangat diharapkan.
Beliau berkata,pihaknya turut menghargai sokongan orang awam,jabatan dan agensi kerajaan seperti pasukan Rela,Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan lain-lain yang banyak membantu dalam membanteras jenayah selama ini.
Menurutnya, kadar kes jenayah pecah rumah pada waktu malam di daerah Kubang Pasu pada tahun ini meningkat kepada 161 kes berbanding 135 kes bagi tahun lalu.
Beliau berkata,biarpun indeks jenayah di daerah itu pada tahun ini menurun kepada 4.1 peratus berbanding tahun lalu,namun ia perlu diberi tumpuan kerana kes pecah rumah menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu,Superintendan Ibrahim Mohammad Yusof turut hadir sama pada majlis itu.
Menurut Ahmad, kes pecah rumah pada siang hari menunjukkan sedikit penurunan sebanyak tiga kes iaitu 29 kes pada tahun 2011 berbanding 32 kes pada tahun lepas.
“Program pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya kerjasama dalam mencegah jenayah di kawasan setempat akan diperhebatkan ke setiap daerah di negeri ini pada tahun hadapan,”katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Bersama di sini,semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.